Menurut sumber israelliyat, kitab taurat telah musnah bersama Baitulmaqdis semasa ia diratah oleh bangsa Yakjud Makjud. Dengan tiba - tiba kehadiran Uzair yang wafat selama 100 tahun, Baginda memasuki beberapa komuniti Bani Israel dan memberitahu kejadian yang dialaminya. Baginda satu - satunya keturunan Israel yang menghafal taurat. Sebagai bukti baginda ialah Uzair, masyarakat dan bani israel mengujinya dan menyuruh baginda memperdengarkan hafalannya dan semua orang percaya kepadanya dan bergembira dengan kedatangan Uzair kerana hasil dari hafalan baginda, identiti yahudi dapat dibangunkan kembali.
"Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata, 'Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?' Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya, 'Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?' Dia menjawab, 'Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.' Allah berfirman, 'Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.' Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata, 'Saya yakin bahwa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu." (Al-Baqarah: 259)
ketika kita memperhatikan ayat ini,maka kita akan menemui ayat ini dimulai dengan kata "Atau" dan kebiasaannya kata "Atau" menunjukkan hubungan dengan perkara sebelumnya. Di sini Allah menjelaskan "pakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh". Ketika kita mendengar kata "Negeri yang roboh," maka kita memahami bahawa di sana ada banyak orang, dan orang yang berlalu pada negeri tersebut adalah bukan orang tempatan. Allah mendiamkan siapa dan di mana tempat itu kerana terdapat banyak perbezaan pendapat. Di dalam tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra, ia berkata "ia adala Uzair". Pendapat ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim, dari Ibnu 'Abbas, al Hassan, Qatadah, as Suddi, dan Sulaiman bin Buraidah dan pendapat ini sangat mashur. Sedangkan negeri yang dimaksudkan adalah Baitulmaqdis yang dihancurkan oleh Bukhtansar.
Ketika ada orang yang berlalu di daerah tersebut mengatakan: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?"
Maka bentuk tanda tanya dan persoalan ini ada yang menyatakan bahawa ia adalah seorang mukmin dan ia dalam keraguan akan masalah kehidupan yang diaturkan oleh Allah. Yang sebenanya ia ingin mengetahuicara penghidupan kembali negeri tersebut. Hal ini adalah senada dengan kisah Nabi Ibrahim as ketika ia mengatakan :
"Ya Tuhanku, perlihatkan padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang - orang mati" - Al Baqarah 260.
Di sini Nabi Ibrahim tidak merasa ragu bahawa Allah lah yang dapat menghidupkan orang - orang yang mati. Hanya ia mahu melihat caranya. Dia yakin dan percaya bahawa ini memang terjadi. Tapi ia tertanya - tanya tentang bagaimana Sang Pencipta dapat melakukannya. Jadi, seorang hamba yang mukmin bertanya - tanya tentang bagaimana Allah akan memakmurkan negeri yang telah hancur ini. Berbalik kepada Nabi Ibrahim as perihal mengenai menghidupkan kembali yang telah mati, ini adalah sebagai bukti ketakjuban di mana takjub adalah salah satu bukti keimanan.
Jadi bentuk soalan yang menunjukkan sebuah cara adalah sebuah bukti bahawa orang yang bertanya yakin dan percaya terhadap apa yang diciptakan dan Penciptanya. Ketika ia bertanya "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" orang tersebut tidak meragui akan kekuasaan Allah dalam menghidupkan kembali negeri tersebut akan tetapi ia hanya mahu mengetahui kaedahnya saja.
Ketika lelaki beriman tersebut berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka akan terdapat dua hal yang bersamaan:
1. Orang tersebut berbicara tentang sebuah negeri yang penduduknya telah binasa.
2. Orang tersebut berbicara tentang penghidupan negeri tersebut.
Penghidupan negeri tersebut memerlukan orang - orang mendiaminya sehingga mereka dapat bergerak dan memakmurkan negeri tersebut.
Soalan lelaki beriman tersebut memerlukan jawapan yang praktik. Soalan tersebut adalah mengenai kaedah. Kita sendiri akan berasa puas hati dengan pertanyaan dengan bukti. Allah menjadikan bukti tersebut sebagai rasa iman yang menyaksikannya,
"Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali."
Allah tidak memberikan bukti pada negeri tersebut tetapi pada hamba yang bertanya, kemudian Allah bertanya kepada mukmin tersebut dalam firmanNya:
"Allah bertanya, 'Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?"
Di dalam tafsir Ibnu Katsir, dinyatakan bahawa yang pertama sekali yang dihidupkan oleh Allah ialah mata hamba tersebut supaya dia dapat melihat sinaran dan pancaran matahari, dan ini adalah bertepatan kerana selepas pertanyaan Allah, maka hamba itu menjawab:
'Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.'
ada yang bertanyakan bagaimanakah bentuk pertanyaan Allah ke atas hambanya ini? Ada pendapat yang menyatakan ia adalah bersamaan seperti Nabi Musa as, dan mungkin juga melalui perantaraan malaikat. Tetapi yang paling penting di sini ialah jarak masanya iaitu berapa lama? Para mufassirin berkata: ' Orang itu telah mendapati dirinya pada hari yang hampir habis, atau ketika ia melihat matahari terbit, dia pun menjawab soalan ini dengan berkata demikian. Kerana ia tidak dapat memutuskan kadar masa pada saat itu. Lagi di dalam tafsir Ibnu Katsir menyatakan " Yang demikian itu disebabkan kematiannya terjadi pada permulaan siang hari, kemudian Allah membangkitkan orang itu pada 100 tahun di akhir siang. Ketika ia melihat matahari masih bersinar, ia menyangkakan sebagai matahari pada hari yang sama, sehingga ia mengatakan "atau setengah hari".
Sekiranya ia tidur pada saat rambut hitam, dan ia bangun dengan rambut memutih, atau sesuatu perubahan pada dirinya, maka ia dapat menyentuhnya, tetapi ia tidak dapat menemui perubahan tersebut. Lalu Allah memberi jawapan dalam firmanNya:
'Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya'
Kita dapat mengatakan: Bahawa di dalam cerita ini dapat menguatkan kebenaran orang tersebut terhadap gambaran ketika ia melintasi daerah tersebut sehari atau setengah hari yang lalu dan yang menjadi penguat atas kebenaran jawapan Allah " Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya." kenapa? Kerana orang tersebut memiliki keldai, ia juga memiliki makanan, dan minumannya yang dari jus anggur dan tin. Ini menjawap 2 permasalahan iaitu:
1. 'Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari'
2. 'Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya'
Allah yang Maha Suci lagi Maha Tinggi membuktikan dengan firmanNya:
"lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah"
Maka hamba yang beriman tersebut melihat makanan dan minumannya yang tidak berubah sedikitpun. Ini telah menjawab pemahaman dari hamba tersebut yang ia telah tinggal sehari atau setengah hari. Kemudiannya Allah menyambung lagi:
"dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia."
Ini merupakan sebuah bukti yang nyata,bahawa sesuatu yang mengagumkan telah berlaku dan sebagai bukti. Di mana Allah menyuruh hambaNya itu melihat keldainya dan menemui tulang belulang keldainya yang berselerak. Peristiwa ini tidak terjadi sehari semalam. Tidak mungkin dalam masa sehari (yang difahami oleh orang itu),keldai itu telah meninggal dan jasadnya hanya tinggal tulang dan dagingnya telah menjadi abu. kejadian itu pastinya memerlukan waktu yang panjang yang lebih dari sehari. Seolah - olah apa yang dilihat orang tersebut dapat membuatnya percaya yang ia telah berdiam selama seratus tahun dan apa yang dilihat pada makanan tersebut membuat ia percaya yang ia telah tinggal selama sehari atau setengah hari.
*Interframe sat*
*SubhanAllah,lihat bagaimana Allah menyusun dan menyampaikan cerita begitu indah, keindahan Kalam Allah ini,sayu hati...
Disini Allah ingin menegaskan bahawa Dia adalah al Qaabith (yang Maha Pemegang Kendali) dan al Baasith (yang Maha Memperluas). Allah dapat mengendalikan masa di waktu yang lain. Kedua hal tersebut adalah bersesuaian dengan masanya. Perkara ini terjadi kerana kekuasaan Allah.
Allah menyambung firmanNya:
"dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.' Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) "
Allah telah memperlihatkan bagaimana Dia telah menyatukan tulang - belulang keldai dengan KekuasaanNya sendiri. Kemudian membalut tulang itu dengan daging. Nabi 'Uzair melihat sendiri proses penghidupan ini. 'Uzair sebelum ini telah berkata "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Lalu dihadapan matanyalah Allah memperlihatkan KekuasaanNya terhadap sesuatu.
Di dalam tafsir Ibnu Katsir, as Suddi mengatakan " Tulang belulang keldai itu berserakan di sekitarnya, baik di sebelah kanan dan kiri. Kemudian 'Uzair memerhatikan tulang - belulang itu dan Allah mengirimkan angin untuk mengumpulkan tulang belulang tersebut dari segala tempat. Setelah itu Dia menyusung tulang pada tmepatnya hingga menjadi seekor keldai yang berdiri tanpa daging. Selanjutnya Allah membungkus tulang tersebut dengan dagin, urat, pembuluh darah dan kulit. Kemudian Dia mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh melalui kedua lubang hidung keldai itu. Lalu dengan izin Allah keldai itu bersuara dan ini disaksikan oleh 'Uzair.
Seterusnya, Syeikh Mutawwali as Sya'rawi dalam bukunya 'Kisah para anbiya'' menyambung lagi. 'Uzair teringat akan negeri yang telah ditinggalkannya dan kembali ke negeri tersebut. Ketika ia kembali, ia mendapati segalanya telah berubah bersesuaian dengan seratus tahun. Di negeri ini terdapat hamba - hamba keluarga 'Uzair (seorang hamba perempuan yang buta). Ketika 'Uzair bertemu dengan dengan hamba tersebut, lalu ia berkata: "Aku adalah 'Uzair." Perempuan tersebut berkata:"'Uzair telah pergi seratus tahun lamanya,kamipun tidak mengetahuinya kemana ia pergi, dan sampai sekarang ia belum kembali." dan 'Uzair mengulangi perkataannya berulang kali.
Lalu perempuan tersebut berkata:"'Uzair mempunyai ciri khas tersendiri, dan ciri khasnya adalah bahawa doanya sangat mustajab. Jika engkau sungguh 'Uzair, maka hendaklah engkau berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkan mataku dan mengeluarkan dari belenggu ku ini." 'Uzair pun berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan mata perempuan tersebut dan membebaskan dari belenggunya itu, maka apa yang beliau doakan dikabulkan. Lalu perempuan tersebut pergi ke kaumnya untukmenyatakan bahawa 'Uzair telah kembali.
Setelah itu, 'Uzair pergi untuk melihat anaknya. Beliaupun mendapatkan anaknya dalam keadaan yang sangat tua. Ternyata, anaknya telah berumur seratus tahun. Sedangkan 'Uzair masih muda. Pendapat menyatakan yang 'Uzair berumur sekitar 50 tahun. Anak nabi 'Uzair berkata: "Sesungguhnya aku mengetahui ciri - ciri orang tuaku. Di mana di antara kedua bahunya terdapat tahi lalat. Ketika 'Uzair menunjukkan kedua bahunya kepada anaknya, ketahuilah anaknya bahawa itu adalah ayahnya.
Sumber Rujukan:
*Tafsir Ibnu Katsir Jilid !
* Kisah para anbiya'
Katenye...
Saturday, 3 January 2015
Friday, 10 October 2014
Kisah Nabi Daniel a.s
Ibnu Katsir berkata, sanad ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Abu al - Hazil, ia berkata: "Berkata Ibnu Abu Dunia,'Bukhtasar telah menghadirkan dua ekor singa dan kemudian melemparkannya ke dalam perigi yang dalam, kemudian ia membawa Daniel dan melemparkan kedua singa tersebut kepadanya, kedua singa tersebut tidak menyentuh Daniel. Beliau pun berdiri (berhampiran kedua singa tersebut) dengan izin Allah swt.
Daniel pun sama dengan kebanyakan orang yang suka terhadap makanan dan minuman. Allah telah mewahyukan kepada Armiya (jeremiah, ada pendapat yang ia juga adalah Khidir) ketika ia berada di Syam untuk menyiapkan makanan dan minuman kepada Daniel. Ia berkata: "Ya Rabb,aku berada di bumi yang suci sedangkan Daniel berada di negeri babilonia di Iraq." Lalu Allah pun memberikan wahyu kepadanya untuk mempersiapkan apa yang telah di suruh kepadanya, sesungguhnya Allah mengutuskan orang yang akan menolongmu dan menolong apa yang engkau persiapkan.
Beliau pun mengerjakan apa yang diperintahkan kepadanya, kemudian diutuslah orang yang menolongnya dan menolong apa yang telah dipersiapkannya, sampai ia berhenti di bibir perigi, kemudian Daniel pun berkata: "Siapa orang ini?" beliau pun menjawap: "Aku adalah Armiya." Daniel berkata: "Apa yang engkau bawa?" Beliau pun berkata: "Aku telah diutuskan oleh Tuhanmu." Daniel berkata: "Aku telah berzikir kepada Tuhanku."
Beliau berkata: "Ya" Daniel berkata: "Segala puju bagi Allah yang tidak melupakan orang yang mengingatiNya, Segala puji bagi Allah yang mengabulkan permintaan HambaNya,segala puji bagi Allah yang tidak mewakilkan kepada orang lain selain orang yang dipercayaiNya, segala puji bagi Allah yang memberi balasan kebaikan dengan kebaikan pulam segala puji bagi Allah yang telah memberikan keselamatan atas orang yang bersabar, segala puji bagi Allah yang Dialah penyingkap kesusahan kita setelah kita mengalami musibah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan keyakinan setelah kita melakukan perbuatan yang buruk,dan segala puji bagi Allah yang Dialah satu - satunya harapan kita, ketika kita tidak dapat berusaha lagi.
Abu 'Aliyah berkata: "ketika kami menakluki tester, kami menemui harta rumah hemezaan sebuah tempat tidur yang terdapat di atas kepala mayat tersebut sebuah mushaf. Kami ambil mushaf tersebut, lalu membawanya kepada Umar bin Khattab. Kemudian Umar pun mendoakannya, lalu menukilkannya (mushaf tersebut) dengan bahasa arab. Akulah orang pertama daripada kalangan arab yang membacanya. Aku telah membacanya persis seperti membaca Al Quran ini. Aku pun berkata kepada Abu 'Aliyah, "Apakah yang terkandung di dalamnya?" Ia berkata: "Yang terkandung di dalamnya adalah perjalanan kalian,permasalahan kalian, dialek - dialek perkataan kalian, dan apa yang terjadi nantinya." Aku pun berkata: "Jadi, apa yang kalian perbuat dengan orang tersebut?"
Ia berkata: "Kami telah melakukan penguburan pada siang hari sebanyak tiga belas kubur yang berbeza - beza. Sedangkan pada malam hari, kami menguburkannya (orang tersebut)." Kami telah menjadikan kubur mereka sama, agar manusia senang dan tidak memeriksanya. Aku berkata "Apa yang mereka harapkan dari orang tersebut?" Ia berkata: "Apabila langit telah menahan mereka (tidak berhujan), maka mereka pun mendatangi tempat tidurnya,maka akan turunlah hujan." Aku berkata "Siapakah sebenarnya orang tersebut?" Ia berkata:"Dia Adalah Daniel."
Aku berkata: "Sejak bila kalian menemuinya dalam keadaan meninggal?" Ia berkata: "Sejak tiga ratus tahun yang lalu." Aku berkata: " Apakah ada yang berubah darinya?" Ia berkata: "kecuali rambut punggungnya, kerana daging para nabi tidak akan ditelan bumi,dan tidak dimakan binatang buas.
Ini adalah isnad yang shahih kepada Abu 'Aliyah. Tapi apabila tanggal wafatnya tetap terjaga setelah tiga ratus tahun, maka ia bukan seorang nabi,tetapi ia adalah seorang yang soleh. Kerana tidak ada nabi pada selang waktu antara Nabi 'Isa dan Nabi Muhammad saw. Dengan nas hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari. *
Dimana, masa kekosongan nabi di antara mereka adalah empat ratus tahun. Ada yang mengatakan enam ratus tahun. Juga ada mengatakan enam ratus dua puluh tahun. Jadi,boleh jadi tanggal kewafatannya adalah daripada lapan ratus tahun. Yang masa itu mendekati masa kewafatan daniel.
Kalau benar dia adalah Daniel, maka ia sesuai dengan apa yang telah diceritakan. Dia adalah orang lelaki lain; baik itu dikalangan nabi atau orang soleh. Tapi, prasangka mendekati bahawa ia adalah Daniel. Kerana Daniel telah ditahan oleh raja Parsi, lalu memenjarakannya sebagaimana yang telah dijelaskan di awal artikel.
Juga telah diriwayatkan dari isnad yang shahih daripada Abu 'Aliyah bahawa panjang hidungnya adalah sejengkal. Sedangkan daripada Anas bin Malik dengan isnad yang baik meriwayatkan nahawa panjang hidungnya daripada siku sampai ke hujung jari. Dengan ini memungkin bahawa ia termasuk dalam golongan nabi - nabi terdahulu sebelum zaman ini. Wallahu'alam.
Abu Bakar bin Abu Dunia meriwayatkan di dalam kitab Ahkam al - Qubur, yang bersumberkan dari Asy'at al Ahmari, ia telah berkata: 'Rasulullah saw bersabda: " Sesungguhnya Daniel telah memanjatkan doa kepada Tuhannya swt untuk dikuburkan oleh umat Muhammad saw."
Ketika Abu Musa al - Asy'ari menakluki tester, ia menemukan di dalam peti mayat tersebut tampak darinya keringat dan pembuluh darah(ini adalah kinayah atas kekalnya badannya dengan selamat yang telah diberkati seiring bergantinya zaman.) Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang telah menemui Daniel, maka berilah ia khabar gembira dengan masuk syurga." Orang yang menemukannya adalah Harqus, lalu Abu Musa pun mengirimkan surat kepada Umar untuk memberitahukan orang tersebut.
Lalu Umar pun memerintahkan agar menguburkannya dan memanggil Harqus, kerana Nabi telah memberikan khabar gembira kepadanya dengan masuknya ia ke dalam syurga. Daripada segi ini, hadis ini adalah mursalm sedangkan kerana ia telah dijaga,maka hadis ini perlu diteliti kembali.
Kemudian Ibnu Abu Dunia berkata: "Telah diriwayatkan kepada kami Qasim bin Abdullah yang bersumberkan daripada 'Anbasah bin Sa'id - ia adalah orang alim - ia berkata: " Abu Musa telah menemui Daniel dengan mushaf,lalu ia menemui wadak (makanan yang dikeluarkan lagi yang terdapat di dalamnya lemak), ia juga menemui beberapa dirham yang ada capnya. Lalu ia menulis surat kepada Umar,Umar pun kembali membuka suratnya, "Hendaklah engkau mengirim mushaf tersebut kepada kami, sedangkan mengenai wadak, hendaklah engaku mengirimkannya kepada kami,berjalanlah dengan kaum muslimin yang mencari kesembuhan dengannyam dan hendaklah engkau membahagikan dirham tersebut kepada mereka. Kalau masalah cap wang tersebut, maka kami telah menjadikannya simbol lambang kami."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunia, bahawa ketika Abu Musa menemukan Daniel,mereka menyebutkan kepadanya bahawa ia telah memeluk Daniel dan menciumnya. Lalu dilaporkanlah kepada Umar tentang perilakunya. Bahawa ia telah menemui harta yang tersembunyi kira - kira sepuluh ribu dirham. Setiap orang yang datang ingin mengambil bahagian daripada harta tersebut, jika ia memberikan dirham tersebut,ia akan jatuh sakit, sedangkan ia mendapat seperempatnya.
Umar menyuruh untuk memandikannya dengan air yang menyilaukan,kemudian ia juga menyuruh untuk memberikan kain kafan kepadanya lalu menguburkannya, sehingga tidak ada yang tahu kuburannya. Ia juga menyuruh menyerahkan harta tersebut ke Baitulmal.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al Asy'ari bahawa ia telah menyuruh empat orang dari kalangan Asraa' yang telah memberkati sungai, kemudian mereka membina sebuah kubur ditengah - tengah sungai tersebut. Kemudian empat orang tadipun mencekik lehernya. Maka tidak ada satu pun orang yang tahu letaknya kubur tersebut kecuali Abu Musa.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abu Dunia yangbersumberkan daripada Abdurrahman bin Abi Zinad daripada ayahnya, Ia berkata: " Aku telah melihat di tangan Ibnu Abi Baradah ibnu Abu Musa al Asy'ari sebuah cincin yang berukir menggambarkan kisahnya dua ekor singa yang menjilat seorang lelaki yang berada di antara mereka."
Abu Baradah berkata: " Ini adalah cincin lelaki yang telah meninggal dunia itu. penduduk negeri ini telah memanggilnya dengan Daniel. Di mana Abu Musalah yang telah menemui kuburannya." Abu Baradah juga berkata: "Abu Musa telah menanyakan hal ini pada para ulama' negeri ini tentang cincin tersebut." Mereka berkata: " Sesungguhnyasebuah kerajaan yang ada ketika Daniel, telah mendatang para munajjim (ahli nujum) dan para ulama', mereka berkata pada raja: "Dia (Daniel) adalah dilahirkan demikian.....demikian..... dam dia akan merosak kerajaan kamu. Raja berkata: "Wallahi aku tidak akan membiarkan lelaki tersebut hidup sampai malam hari tiba; aku akan membunuhnya. Mereka pun menangkap Daniel. Kemudian beliau dilemparkan ke hutan yang dipenuhi dengan singa. (anehnya) Singa - singa tersebut tidak membahayakan beliau. Malah, ada sepasang singa yang menjilatnya. Allah pun menyelamatkannya tanpa ada sedikit bahaya yang ditemuinya.
Abu Baradah berkata: " Abu Musa al Asy'ari telah berkata:para ulama negeri tersebut berkata: Maka, Daniel pun mengukir gambarnya dan gambar sepasan singa tersebut yang telah menjilatnya di batu cincin, agar orang tidak melupakan nikmat Allah pada kejadian tesebut. Isnad hadis ini adalah hassan.
*nota kaki: Kalau dilihat dari sudut sejarah, Nabi Armia (jeremiah) diutuskan terlebih dahulu kepada bani israel, dimana selepas kewafatan nabi Sulaiman, kerajaan bani israel semakin menuju kehancuran akibat dari perbuatan mereka sendiri. Dipercayai ketika kehancuran kerajaan bani israel, bani israel telah dihalau dan dikalangan mereka adalah Daniel yang masih lagi kecil.
*Rujukan : Qishashu anbiya', Sejarah dan kisah para nabi.

Thursday, 17 July 2014
Kisah pendek surah Al Fil
105-1: Apakah tidak kamu perhatikan bagaimana Rab (Tuhan) kamu lakukan terhadap tentera gajah?
105-2: Bukankah Dia (Allah) telah jadikan daya usaha mereka itu sia-sia?
105-3: Dan Dia (Allah) mengirimkan kepada mereka burung-burung yang berbondong-bondong.
105-4: Yang melempari mereka dengan batu dari tanah terbakar.
105-5: Lalu Dia (Allah) jadikan mereka seperti daun yang dimakan ulat.
Assalamualaikum wbt, entry kali ni akan mengisahkan cerita pendek dari surah al fil.Surah al fil (gajah) ialah surah Makkiyah.
Ini merupakan salah satu dari nikmat yang dengannya Allah menguji kaum Quraisy, iaitu mereka terhindar dari pasukan bergajah yang bertekad untuk menghancurkan ka'bah serta menghilangkan keberadaannya Maka Allah membinasakan dan menghinakan mereka, menggagalkan usaha mereka, menyesatkan perbuatan mereka, seta mengembalikan mereka kepada kegagalan yang memalukan. Mereka adalah kaum Nasrani. Agama mereka pada saat itu lebih dekat dengan kaum Quraisy, iaitu penyembahan berhala.
Tetapi peristiwa itu termasuk tanda sekaligus pendahuluan bagi pengutusan Rasulullah SAW. Sebab, menurut pendapat paling popular, pada tahun itu, beliau dilahir. Secara tersirat, Allah SWT menunjukkan yang pertolongan ini bukanlah kerana kaum Quraisy itu, akan tetapi ialah untuk memelihara baitul 'atiq yang sentiasa dimuliakan, diagungkan, serta sebagai penghormatan kepada pengutusan seorang rasul yang ummi, Muhammad SAW, penutup para anbiya'.
Berikut merupakan kisah ringkas dan singkat pasukan bergajah. Telah disampaikan kisah mengenai Ashhabul ukhdud, bahawa Dzu Nawas, merupakaan raja terakhir kerajaan Himyar,dia seorang musyrik. Dialah yang membunuh Ashhabul Ukhdud. Ashhabul Ukhdud ialah orang nasrani yang jumlahnya mendekati 20 000. Tiada yang selamat kecuali Dawus Dzu Tsa'alaban. Kemudian Dawus pergi dan meminta bantuan raja Kaisar, raja Syam, yang juga penganut agama nasrani. Kemudian dia menulis surat kepada raja Najasyi, raja Habsyah, kerana keberadaannya yang lebih dekat dengan mereka. Dia mengutuskan Dawus yang didampingi oelh dua orang amir; Aryath dan Abrahah bin ash - Shabah Abu Yaksum disertai satu pasukan besar. Kemudian mereka masuk ke Yaman dan menyelinap ke rumah - rumah, hingga akhirnya mereka berhasil merebut kerajaan dari Himyar, Dzu Nuwas akhirnya akhirnya binasa, tenggelam di laut. Habsyah berhasil menakluk Yaman dan mereka dipimpin oleh dua orang pemimpin; Aryath dan Abrahah. Kemudian kedua pemimpin ini berselisih pendapat dalam satu urusan sehingga keduanya beradu mulut dan berperang. Lalu salah satu dari keduanya berkata kepada yang lainnya "sesungguhnya kita tidak perlu mengerahkan pasukan di antara kita, tetapi mari kita berhadapan satu lawan sati. Siapa di antara kita yang berhasil membunuh lawan, maka dialah yang berhak menduduki posisi raja" Kemudian tantangan ini pun disambut oelh yang lainnya, sehingga keduanya bertarung. Masing - masing dari keduanya meninggalkan parit, lalu Aryath menyerang Abrahah, kemudian menebasnya dengan pedang sehingga hidungnya terpotong, mulutnya dirobek dan wajahnya terkoyak. Kemudian 'Utadah, pembantu Abrahah ikut menyerang Aryath, lalu membunuhnya. Kemudian Abrahah pulang dalam keadaan terluka. Lalu dia mengubati lukanya sehingga akhirnya dia pun sembuh dan kemudian melatih bala tentera Habsyah di Yaman. Selanjutnya, Najasyi menulis surat kepadanya yang mencela apa yang dilakukannya seraya mengancam dan bersumpah akan menduduki negaranya dan menelungkupkan ubun - ubunnya. kemudian Abrahah mengirimkan utusan kepada raja Najasyi untuk menyampaikan rasa dukanya kepada raja. Bersama utusan tersebut, Abrahah mengirimkan hadiah dan sekantong tanah Yaman. Semuanya itu dikirimkan bersamanya dan dia mengatakan dalam suratnya supaya raja menginjak kantong ini sehingga dia terbebas dari sumpahnya dan inilah ubun - ubunku telah aku kirimkan bersamanya kepadamu. Ketika semua itu sampai kepadanya, dia sangat hairan dan merasa puas dengannya serta mengakui keberadaannya. Kemudian Abrahah mengirimkan utusan untuk mengatakan kepada Najasyi, "Aku akan bangunkan untukmu sebuah gereja di negeri Yaman yang belum pernah dibuat bangunan sepertinya." lalu dia memulai pembangunan gereja yang sangat besar di Shan'a, sebuah bangunan yang sangat tinggi serta pelataran yang tinggi pula, yang dihiasi di semua sisinya. Bangsa arab menyebutnya dengan al - qalis, kerana bangunannya yang tinggi. Orang yang melihatnya akan mengangkat kepala sehingga qalansuwah yang dikenakannya hampir terjatuh dari kepalanya kerana tingginya bangunan. Dan Abrahah bertekad untuk memindahkan haji bangsa arab ke gereja tersebut sebagaimana mereka selama ini berhaji ke ka'bah di Makkah. Dan dia serukan hal tersebut di wilayah kekuasaannya, sehingga mengundang kebencian warga arab 'Adnan dan Qahthan. Kaum Quraisy yang benar - benar murka kerananya, sehingga sebahagian dari mereka ada yang mendatangi gereja itu dan memasukinya pada malam hari serta menghancurkan isi di dalamnya, kemudian dia kembali pulang. Ketika penjaga mengetahui hal tersebut, mereka melaporkan kepada raja mereka, Abrahah, dan berkata kepadanya, " Yang demikian itu dilakukan oleh beberapa orang Quraisy yang marah kerana rumah mereka ( Baitullah) diserupaka dengan ini." Selanjutnya, Abrahah bersumpah akan menuju Baitullah di Makkah dan akan menghancurkannya berkeping - keping.
Muqatilbin Sulaiman menyebutkan bahawasanya ada kelompok orang dari kaum Quraisy yang memasuki gereja itu dan membakarnya. Pada hari itu panas benar - benar terik sehingga gereja itu terbakar, runtuh dan rata dengan tanah. Kemudian Abrahah menyiapkan diri dan pergi dengan membawa pasukan yang cukup banyak dan kuat agar tidak ada seorang pun yang mampu melawannya, yang disertai seekor gajah yang sangat besar, belum ada seekor gajah pun sebelumnya yang terlihat sepertinya yang diberi nama Mahmud. Dan najasyi, raja Habsyah mengirimkan pasukan untuk hal yang sama, Ada juga pendapat yang menyebutkan, bersama Abrahah terdapat delapan gajah, ada juga menyatakan dua belas gajah lainnya. - Wallahu a'lam- yang akan digunakan untuk menghancurkan ka'bah dengan meletakkan rantai pada pilar - pilarnya sedang yang hujung lainnya diikat pada leher gajah, kemudian gajah itu digerakkan agar menjatuhkan tembok itu sekaligus.
Ketika warga arab mendengar kedatangannya, mereka pun berpendapat yang (pendapat itu) mewajibkan mereka untuk mempertahankan Baitullah serta melawan setiap orang yang hendak menghancurkannya dengan menggunakan taktik tipu daya. Kemudian salah seorang yang paling terhormat dari penduduk Yaman sekaligus sebagai raja mereka yang bernama Dzu Nafar mengajak kaumnya dan orang arab yang berminat untuk memerangi Abrahah dalam rangka mempertahankan Baitullah dan semua tempat yang hendak dihancurkan olehnya. Maka mereka menyambut seruan tersebut dan siap memerangi Abrahah, tetapi Abrahah berhasil mengalahkan mereka, sesuai dengan kehendak Allah A'zzawajalla untuk memelihara kemulian dan keagungan Baitullah. Dan Dzu Nafar pun ditawan. lalu Abrahah memintanya untuk menemaninya. kemudian dia melakukan perjalanan sehingga ketika sampai di daerah Khats'am, dia dihadang oleh Nufail bin Habin ak - Khats'ami bersama kaumnya selama dua bulan terus menerus. Lalu mereka melakukan penyerangan terhadap Abrahah, tetapi mereka pun berhasil dikalahkan oleh Abrahahm dia berhasil menawan Nufail bin Habib dan bermaksud hendak membunuhnya, lalu dia mengampuninya dan meminta agar dia (Nufail) menyertainya bagi menjadi petunjuk bagi Abrahah di negeri Hijaz. Ketika mendekati daerah Tha-if, penduduknya keluar dari rumah mereka dalam keadaan sopan kepadanya kerana takut akan rumah mereka yang ada di tengah - tengah mereka yang mereka beri nama al - Lata. Lalu mereka menghormatinya dan mengirimkan Abu Raghal bersamanya sebagai penunjuk arah. Setelah Abrahah sampai di kota al - Mughammas, iaitu sebuah tempat yang berdekatan dengan kota Makkah, maka dia pun singgah, lalu bala tentera Abrahah merampas harta kekayaan penduduk Makkah yang terdiri dari unta - unta dan lain bagainya. Mereka mengambil begitu sahaja. Di antara yang dirampasnya itu terdapat 200 ekor unta milik 'Abdul Muththalib. Dan yang melakukan perampasan atas perintah Abrahah adalah panglima perang yang bernama Aswad Ibnu Maqshud. Dan dia diserang beberapa warga arab, seperti yang disebutkan oleh Ibnu Ishaq. Dan Abrahah mengirim Hanathah al - Himsyari ke Makkah dan memerintahkan supaya memanggil pemuka kaum Quraisy serta memberitahukan kepadanya bahawa raja Abrahah tidak datang untuk memerangi kalian kecuali kalian menghalanginya untuk meneyerang Baitullah. Kemudian Hanathah al - Himsyari datang menghampiri 'Abdul Muththalib bin Hisyam lalu 'Abdul Muththalib menatakan kepadanya, "Demi Allah, kami tidak hendak memeranginya dan kami tidak mempunyai kekuatan untuk itu. Ini adalah Baitullah yang suci dan rumah kekasihNya, Ibrahim. Kalau memang dia dilarang mendatanginya, maka yang demikian itu kerana ia merupakan rumah sekaligus temapat suciNya. Demi Allah kami tidak mampu menglarangnya." Kemudian Hanathah berkata kepadanya, "Kalau begitu, datanglah bersamaku untuk menghadapnya (Abrahah)." Kemudian 'Abdul Muththalib pun pergi bersamanya. Ketika melihatnya, Abrahah menyambutnya. 'Abdul Muththalib adalah seorang yang berbadan tegap lagi tampan. Lalu Abrahah turun dari singgahsananya dan duduk dilantai bersamanya. Abrahah bertanaya melalui penterjemahnya, "katakan apa maksud kedatangannya?" 'Abdul Muththalib berkata kepada penterjemahnya itu, "aku hanya ingin agar raja mengembalikan 200 ekor unta milikku." Maka Abrahah pun berkata kepada penterjemahnya, "katakakn kepadanya, "kamu benar - benar membuatkan ku terheran - heran saat aku melihatmu, tetapi kemudian aku menjadi berang terhadapmu saat kamu berbicara menuntut 200 ekor unta milikmu yang hilang, tetapi kamu biarkan rumah yang menjadi agamamu dan agama nenek moyangmu. Sesunggguhnya aku datang untuk menghancurkannya, sedang engkau tidak menyinggungnya sama sekali dalam perbicaraan denganku.'" kemudian 'Abdul Muththalib berkata kepadanya, "sesungguhnya aku adalah pemilik unta - unta itu, sedangkan rumah Ka'bah itu mempunya pemilik sendiri yang akan selalu mempertahankannya." Abrahah berkata, "dia tidak akan sanggup menghalangiku.""kamu tidak akan mampu melawanNya." sahut 'Abdul Muththalib.
Ada yang mengatakan bahawa Abrahah pergi dengan 'Abdul Muththalib bersama sejumlah pemuka arab. Kemudian menawarkan sepertiga kekayaan kepada Abrahah sebagai ganti supaya membatalkan niatnya menghancurkan Ka'bah. Namun dia menolak tawaran mereka itu dan mengembalikan unta - unta 'Abdul Muththalib. Kemudian 'Abdul Muththalib kembali kepada kaum Quraisy, lalu dia memerintahkan mereka supaya keluar dari Makkah dan berlindung di puncak - puncak gunung, kerana khuatir mereka akan merasakan amukan bala tentera Abrahah. Selanjutnya 'Abdul Muththalib berdiri, lalu memegang daun pintu Ka'bah. Dan ikut serta berdiri bersamanya beberapa orang Quraisy seraya berdoa kepada Allah serta meminta pertolonganNya supaya membinasakan Abrahah dan bala tenteranya. Kemudian dengan memegang pintu Ka'bah, 'Abdul Muththalib mengumandangkan sya'ir:
Tidak ada kebimbangan, sesungguhnya seseorang telah
mempertahakan rumahnyam kerananya pertahankanlah rumahMu.
Kekuatan dan tipu daya mereka tidak akan pernah dapat
mengalahkan tipu dayaMu untuk selamanya.
Ibnu Ishaq mengatakan selanjutnya 'Abdul Muththalib melepaskan gagang pintu dan selanjutnya mereka pergi menuju puncak gunung. Muqatil bin Sulaiman menyebutkan mereka meninggalkan 100 ekor anak unta di Baitullah dengan diberi kalung, kemungkinan sebahagian bala tentera ada yang mengambil sebahagian darinya dengan cara yang tidak benar, sehingga Allah akan menuntut balas mereka.
Pada pagi harinya, Abrahah bersiap - siap untuk memasuki Makkah dan dia pun telah menyiapkan gajahnya yang bernama Mahmud. Selain itu juga, dia pun telah menyiagakan pasukannya. Setelah mereka mengarahkan gajah mereka menuju Makkah, Nufail bin habib datang sehingga akhirnya berdiri di samping gajah itu, lalu memegang kupingnya dan berkata, "duduklah, hai Mahmud, dan kembalilah ke tempat asalmu, kerana sesungguhnya kamu sekarang ini tengah berada di negeri Allah yang suci. "kemudian Nufail melepaskan kupingnya dan gajah itu duduk berderum. Selanjutnya, Nufail bin Habib keluar dan pergi hingga akhirnya mendaki gunung. Sementara, mereka memukul - mukul gajah agar berdiri, tetapi gajah itu enggan berdiri. Kemudian mereka memukul kepala gajah itu dengan kapak dan mereka memasukkan tongkat merkea yang berujung lengkung ke belalainya lalu mereka menariknya supaya ia berdiri, tetapi gajah itu menolak. Lalu mereka mengarahkannya kembali ke Yaman, maka gajah itu berdiri dan berjalan dengan cepat. Mereka juga mengarahkannya ke Syam, maka ia melakukan hal yang sama, lalu mereka mengarahnya ke timur, maka ia melakukan hal yang sama, yakni berjalan cepat. Kemudian mereka mengarahkannya ke Makkah,maka gajah itu pun duduk menderum.
Selanjutnya, Allah mengirimkan kepada mereka burung dari lautan semacam burung alap alap (Falcone), masing - masing membawa tiga batu: satu batu di paruhnya dan dua lainnya di kedua kakinya, batu itu sebesar biji kedelai dan biji adas, yang tidak seorang pun dari merekayang terkena batu tersebut melainkan akan binasa. Tidak semua dari mereka terkena batu itu, mareka pergi dan lari terbirit - birit menempuh jalan mencari Nufail agar dia mahu menunjukkan jalan kepada mereka. Demikianlah yang mereka alami di daratan sedang Nufail berada di puncak gunung bersama kaum Quraisy dan warga arab Hijaz menyaksikan siksaan yang ditimpakan Allah kepada pasukan bergajah tersebut. Nufail berkata:
Di manakah tempat berlindung jika Allah sudah mengejar,
dan Asyramlah yang terkalahkan dan bukan yang menang.
Ibnu Hisyam mengatakan: "Al - ababil bererti kawanan, dan masyarakattidak menggunakan kata itu dalam bentuk mufrad (tunggal). Sedangkan as - sijjil , Yunus an - Nahwi dan Abu 'Ubaidah memberitahuku bahawa menurut masyarakat arab, kata itu bererti sangat keras." Dia mengatakan "beberapa orang ahli tafsir menyebutkan bahawa keduanya berasal dari bahasa parsi yang masyarakat arab dijadikan sebagai stu kata, di mana kata as - sanaj bererti batu, sedangkan al - jill bererti tanah liat." Lebih lanjut, dia mengatakan: "dan batu itu berasal dari kedua jenis tersebut, iaitu batu dan tanah liat." Dia juga mengatakan: "kata al - 'ashf bererti daun tanaman yang belum dipotong. Bentuk mufradnya adalah 'ashfah. Sampai di sini apa yang diucapkannya.
Hammad bin Salamah meriwayatkan dari 'Amir, dari Zurr, dari 'Abdullah dan Abu Salamah bin 'Abdirrahman, ( طَيْرًا أَبَابِيلَ ), dia mengatakan: "iaitu beberapa kawanan burung." Ibnu 'Abbas dan adh-Dhahhak mengatakan: " Ababil bereti sebahagian yang mengikuti sebahagian lainnya." Al - hasan al-Bashri dan Qatadah mengemukakan: "Ababil bererti yang sangat banyak." Mujahid mengatakan: " Ababil bererti sekumpulan yang saling mengikuti dan berkumpul." Sedangkan Ibnu Zaid mengatakan: "Al-ababil bererti yang berbeda - beda, yang datang dari semua penjuru."
Firman Allah Ta'ala: (فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ ) "lalu dia menjadikan mereka seperti dedaun yang dimakan." Sa'id bin Jubair mengatakan: "yakni ,jerami yang kaum awam menyebutkannya dengan babur." Dan dalam sebuah riwayat dari Sa'id, iaitu daun gandum. Dan dari Ibnu'Abbas, Al-'asfu bererti kulit yang ada di atas biji, semacam penutup kepada biji gandum. Ibnu Zaid mengatakan:"Al - 'asfu bererti daun tanaman atau daun kol jika dimakan oleh binatang, lalu dikotori sehingga menjadi kotoran." Ertinya bahawa Allah Tabaaraka wa Ta'ala membinasakan, melenyapkan dan mengembalikan mereka dengan tipu muslihat dan kemarahan mereka. Dan mereka tidak mendapat kebaikan sama sekali. Mereka dibinasakan secara keseluruhan dan tidak ada seorang pun dari mereka yang kembali memberitahu melainkan dalam keadaan terluka sebagaimana yang dialami oleh raja mereka, Abrahah. Diantara yang menggambarkan hal tersebut adalah sya'ir 'Abdullah bin az - Zab'ari berikut ini:
Mereka mundur (menyinkir) dari tengah kota Makkah, sesungguhnya kota Makkah itu kesuciannya tidak dapat diusik,
pada malam - malam yang dijaga tersebut bintang asy-syi'ra tidak pernah muncul kerana tidak ada seorang manusia pun yang mampu menjamahnya.
Tanyakan kepada komandan pasukan tentangnya,apa yang dia lihat, maka orang yang mengetahuinya akan memberitahukannyakepada orang - orang yang tidak mengetahuinya.
Enam puluh ribu parajurit tidak kembali ke negerinya, bahkan parajurit yang kembali dalam keadaan sakit akhirnya meninggal dunia.
Dahulu pernah datang ke sana kaum 'Aad dan Jurhum sebelum mereka, namun Allah dari atas hamba - hambanya selalu menegakkannya (menjaganya).
Dalam satu kisah lain, bahawasanya Rasulullah SAW, ketika beliau menuruni lembah saat peristiwa Hudaibiyah, tiba - tiba unta beliau menderum. Kemudian mereka menghardiknya, tetapi unta itu tetap duduk menderum. Kemudian mereka berkata:"al - Qushwa' duduk menderum." Maka Rasulullah SAW bersabda:
"Al-Qushwa' tidak menderum dan itu bukan sifatnya. Tetapi ia telah dihalangi oleh apa yang dihalangi gajah." - Kemudian beliau bersabda - "Demi Rabb yang jiwaku berada di tanganNya, pada hari ini tidaklah mereka menuntut dariku, yang padanya mereka mengagungkan apa - apa yang di sisi Allah melainkan aku yang mengabulkannya."
Kemudian beliau menghardik unta tersebut,maka unta itu pun akhirnya mahu berdiri. Hadits tersebut termasuk dalam hadits yang hanya diriwayatkan oleh al - Bukhari. Dan dalam kitab ash - shahihain disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari Fathu Makkah:
"Sesungguhnya Allah menahan pasukan gajah memasuki kota Makkah. Dan Dia menguasakan kota Makkah pada RasulNya dan orang - orang yang beriman. Dan sesungguhnya kehormatan kota Makkah pada hari ini telah kembali seperti kehormatan kemarin. Ingatlah, hendaklah orang yang hadir memberitahu orang yang tidak hadir."
Wallahu'alam.
Rujukan: Tafsir Ibnu Katsir (jilid 6,surah Al- Fil)
Subscribe to:
Posts (Atom)