Saturday, 3 January 2015

Kisah Nabi Uzair as.

Menurut sumber israelliyat, kitab taurat telah musnah bersama Baitulmaqdis semasa ia diratah oleh bangsa Yakjud Makjud. Dengan tiba - tiba kehadiran Uzair yang wafat selama 100 tahun, Baginda memasuki beberapa komuniti Bani Israel dan memberitahu kejadian yang dialaminya. Baginda satu - satunya keturunan Israel yang menghafal taurat. Sebagai bukti baginda ialah Uzair, masyarakat dan bani israel mengujinya dan menyuruh baginda memperdengarkan hafalannya dan semua orang percaya kepadanya dan bergembira dengan kedatangan Uzair kerana hasil dari hafalan baginda, identiti yahudi dapat dibangunkan kembali.

"Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata, 'Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?' Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya, 'Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?' Dia menjawab, 'Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.' Allah berfirman, 'Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.' Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata, 'Saya yakin bahwa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu." (Al-Baqarah: 259) 


ketika kita memperhatikan ayat ini,maka kita akan menemui ayat ini dimulai dengan kata "Atau" dan kebiasaannya kata "Atau" menunjukkan hubungan dengan perkara sebelumnya. Di sini Allah menjelaskan "pakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh". Ketika kita mendengar kata "Negeri yang roboh," maka kita memahami bahawa di sana ada banyak orang, dan orang yang berlalu pada negeri tersebut adalah bukan orang tempatan. Allah mendiamkan siapa dan di mana tempat itu kerana terdapat banyak perbezaan pendapat. Di dalam tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra, ia berkata "ia adala Uzair". Pendapat ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim, dari Ibnu 'Abbas, al Hassan, Qatadah, as Suddi, dan Sulaiman bin Buraidah dan pendapat ini sangat mashur. Sedangkan negeri yang dimaksudkan adalah Baitulmaqdis yang dihancurkan oleh Bukhtansar.


Ketika ada orang yang berlalu di daerah tersebut mengatakan: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?"

Maka bentuk tanda tanya dan persoalan ini ada yang menyatakan bahawa ia adalah seorang mukmin dan ia dalam keraguan akan masalah kehidupan yang diaturkan oleh Allah. Yang sebenanya ia ingin mengetahuicara penghidupan kembali negeri tersebut. Hal ini adalah senada dengan kisah Nabi Ibrahim as ketika ia mengatakan :

"Ya Tuhanku, perlihatkan padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang - orang mati" - Al Baqarah 260.


Di sini Nabi Ibrahim tidak merasa ragu bahawa Allah lah yang dapat menghidupkan orang - orang yang mati. Hanya ia mahu melihat caranya. Dia yakin dan percaya bahawa ini memang terjadi. Tapi ia tertanya - tanya tentang bagaimana Sang Pencipta dapat melakukannya. Jadi, seorang hamba yang mukmin bertanya - tanya tentang bagaimana Allah akan memakmurkan negeri yang telah hancur ini. Berbalik kepada Nabi Ibrahim as perihal mengenai menghidupkan kembali yang telah mati, ini adalah sebagai bukti ketakjuban di mana takjub adalah salah satu bukti keimanan.


Jadi bentuk soalan yang menunjukkan sebuah cara adalah sebuah bukti bahawa orang yang bertanya yakin dan percaya terhadap apa yang diciptakan dan Penciptanya. Ketika ia bertanya "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" orang tersebut tidak meragui akan kekuasaan Allah dalam menghidupkan kembali negeri tersebut akan tetapi ia hanya mahu mengetahui kaedahnya saja.

Ketika lelaki beriman tersebut berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka akan terdapat dua hal yang bersamaan:

1. Orang tersebut berbicara tentang sebuah negeri yang penduduknya telah binasa.
2. Orang tersebut berbicara tentang penghidupan negeri tersebut.

Penghidupan negeri tersebut memerlukan orang - orang mendiaminya sehingga mereka dapat bergerak dan memakmurkan negeri tersebut.

Soalan lelaki beriman tersebut memerlukan jawapan yang praktik. Soalan tersebut adalah mengenai kaedah. Kita sendiri akan berasa puas hati dengan pertanyaan dengan bukti. Allah menjadikan bukti tersebut sebagai rasa iman yang menyaksikannya,

"Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali."

Allah tidak memberikan bukti pada negeri tersebut tetapi pada hamba yang bertanya, kemudian Allah bertanya kepada mukmin tersebut dalam firmanNya:

"Allah bertanya, 'Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?"

Di dalam tafsir Ibnu Katsir, dinyatakan bahawa yang pertama sekali yang dihidupkan oleh Allah ialah mata hamba tersebut supaya dia dapat melihat sinaran dan pancaran matahari, dan ini adalah bertepatan kerana selepas pertanyaan Allah, maka hamba itu menjawab:

'Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.'

ada yang bertanyakan bagaimanakah bentuk pertanyaan Allah ke atas hambanya ini? Ada pendapat yang menyatakan ia adalah bersamaan seperti Nabi Musa as, dan mungkin juga melalui perantaraan malaikat. Tetapi yang paling penting di sini ialah jarak masanya iaitu berapa lama? Para mufassirin berkata: ' Orang itu telah mendapati dirinya pada hari yang hampir habis, atau ketika ia melihat matahari terbit, dia pun menjawab soalan ini dengan berkata demikian. Kerana ia tidak dapat memutuskan kadar masa pada saat itu. Lagi di dalam tafsir Ibnu Katsir menyatakan " Yang demikian itu disebabkan kematiannya terjadi pada permulaan siang hari, kemudian Allah membangkitkan orang itu pada 100 tahun di akhir siang. Ketika ia melihat matahari masih bersinar, ia menyangkakan sebagai matahari pada hari yang sama, sehingga ia mengatakan "atau setengah hari".

Sekiranya ia tidur pada saat rambut hitam, dan ia bangun dengan rambut memutih, atau sesuatu perubahan pada dirinya, maka ia dapat menyentuhnya, tetapi ia tidak dapat menemui perubahan tersebut. Lalu Allah memberi jawapan dalam firmanNya:

'Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya'

Kita dapat mengatakan: Bahawa di dalam cerita ini dapat menguatkan kebenaran orang tersebut terhadap gambaran ketika ia melintasi daerah tersebut sehari atau setengah hari yang lalu dan yang menjadi penguat atas kebenaran jawapan Allah Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya." kenapa? Kerana orang tersebut memiliki keldai, ia juga memiliki makanan, dan minumannya yang dari jus anggur dan tin. Ini menjawap 2 permasalahan iaitu:

1. 'Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari'
2. 'Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya'

Allah yang Maha Suci lagi Maha Tinggi membuktikan dengan firmanNya:

"lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah"

Maka hamba yang beriman tersebut melihat makanan dan minumannya yang tidak berubah sedikitpun. Ini telah menjawab pemahaman dari hamba tersebut yang ia telah tinggal sehari atau setengah hari. Kemudiannya Allah menyambung lagi:

"dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia."

Ini merupakan sebuah bukti yang nyata,bahawa sesuatu yang mengagumkan telah berlaku dan sebagai bukti. Di mana Allah menyuruh hambaNya itu melihat keldainya dan menemui tulang belulang keldainya yang berselerak. Peristiwa ini tidak terjadi sehari semalam. Tidak mungkin dalam masa sehari (yang difahami oleh orang itu),keldai itu telah meninggal dan jasadnya hanya tinggal tulang dan dagingnya telah menjadi abu. kejadian itu pastinya memerlukan waktu yang panjang yang lebih dari sehari. Seolah - olah apa yang dilihat orang tersebut dapat membuatnya percaya yang ia telah berdiam selama seratus tahun dan apa yang dilihat pada makanan tersebut membuat ia percaya yang ia telah tinggal selama sehari atau setengah hari.

*Interframe sat*
*SubhanAllah,lihat bagaimana Allah menyusun dan menyampaikan cerita begitu indah, keindahan Kalam Allah ini,sayu hati...

Disini Allah ingin menegaskan bahawa Dia adalah al Qaabith (yang Maha Pemegang Kendali) dan al Baasith (yang Maha Memperluas). Allah dapat mengendalikan masa di waktu yang lain. Kedua hal tersebut adalah bersesuaian dengan masanya. Perkara ini terjadi kerana kekuasaan Allah.

Allah menyambung firmanNya:

"dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.' Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) "

Allah telah memperlihatkan bagaimana Dia telah menyatukan tulang - belulang keldai dengan KekuasaanNya sendiri. Kemudian membalut tulang itu dengan daging. Nabi 'Uzair melihat sendiri proses penghidupan ini. 'Uzair sebelum ini telah berkata "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Lalu dihadapan matanyalah Allah memperlihatkan KekuasaanNya terhadap sesuatu.

Di dalam tafsir Ibnu Katsir, as Suddi mengatakan " Tulang belulang keldai itu berserakan di sekitarnya, baik di sebelah kanan dan kiri. Kemudian 'Uzair memerhatikan tulang - belulang itu dan Allah mengirimkan angin untuk mengumpulkan tulang belulang tersebut dari segala tempat. Setelah itu Dia menyusung tulang pada tmepatnya hingga menjadi seekor keldai yang berdiri tanpa daging. Selanjutnya Allah membungkus tulang tersebut dengan dagin, urat, pembuluh darah dan kulit. Kemudian Dia mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh melalui kedua lubang hidung keldai itu. Lalu dengan izin Allah keldai itu bersuara dan ini disaksikan oleh 'Uzair.

Seterusnya, Syeikh Mutawwali as Sya'rawi dalam bukunya 'Kisah para anbiya'' menyambung lagi. 'Uzair teringat akan negeri yang telah ditinggalkannya dan kembali ke negeri tersebut. Ketika ia kembali, ia mendapati segalanya telah berubah bersesuaian dengan seratus tahun. Di negeri ini terdapat hamba - hamba keluarga 'Uzair (seorang hamba perempuan yang buta). Ketika 'Uzair bertemu dengan dengan hamba tersebut, lalu ia berkata: "Aku adalah 'Uzair." Perempuan tersebut berkata:"'Uzair telah pergi seratus tahun lamanya,kamipun tidak mengetahuinya kemana ia pergi, dan sampai sekarang ia belum kembali." dan 'Uzair mengulangi perkataannya berulang kali.

Lalu perempuan tersebut berkata:"'Uzair mempunyai ciri khas tersendiri, dan ciri khasnya adalah bahawa doanya sangat mustajab. Jika engkau sungguh 'Uzair, maka hendaklah engkau berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkan mataku dan mengeluarkan dari belenggu ku ini." 'Uzair pun berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan mata perempuan tersebut dan membebaskan dari belenggunya itu, maka apa yang beliau doakan dikabulkan. Lalu perempuan tersebut pergi ke kaumnya untukmenyatakan bahawa 'Uzair telah kembali.

Setelah itu, 'Uzair pergi untuk melihat anaknya. Beliaupun mendapatkan anaknya dalam keadaan yang sangat tua. Ternyata, anaknya telah berumur seratus tahun. Sedangkan 'Uzair masih muda. Pendapat menyatakan yang 'Uzair berumur sekitar 50 tahun. Anak nabi 'Uzair berkata: "Sesungguhnya aku mengetahui ciri - ciri orang tuaku. Di mana di antara kedua bahunya terdapat tahi lalat. Ketika 'Uzair menunjukkan kedua bahunya kepada anaknya, ketahuilah anaknya bahawa itu adalah ayahnya.

Sumber Rujukan:
*Tafsir Ibnu Katsir Jilid !
* Kisah para anbiya'

No comments:

Post a Comment